Resepi Cara Masak Kurma Ayam

November 23, 2018 in Food Bloggers

Bahan-bahan:

ayam ( tk ingt brp ketul..dlm 10-12 ketul kot termasuk kaki ayam)

bawang merah – di hiris

bawang putih – di hiris

bawang besar – belah 4

ubi kentang- di potong dadu

buah tomato – belah 2

3 sekawan – bunga lawang, kayu manis, buah pelaga

rempah kurma

santan kotak

garam

asam keping

Bahan kisar:

bawang merah & halia

**sukatan depend on brp byk korang guna ayam…so agak2 la ye

cara-cara:-

1. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan & bawang yg dihiris sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan yg dikisar… kaacau sehingga wangi & masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.

3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.

4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak.

5. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Akhir sekali, masukkan buah tomato ..kacau seketika…siap utk dihidangkan.