Fri. Nov 22nd, 2019

Ayuni Rafilah

Resipi Kuih Ube Halaya

November 10, 2018 in Food Bloggers

Resipi Kuih Ube Halaya | Jom cuba buat kuih ube halaya yang berasaskan ubi keladi ni. Resipinya cukup mudah dan ringkas, sesuai dimakan sebagai dessert yang lazat bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN:

2 ½ kg ubi keladi
2 tin susu pekat manis
2 tin susu isian sejat
2 cawan gula perang
200 g mentega
2-3 titik esen vanilla
Sedikit hirisan keju (untuk hiasan)
1 periuk air

*kalau nak rasa asli, boleh gantikan mentega dan susu isian sejat dengan santan.

CARA PENYEDIAAN:
Rebus ubi keladi selama 30-45 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebentar dalam bekas lain
Kupas kulit ubi keladi dan parut isi ubi halus-halus
Campurkan gula perang dengan isi ubi keladi yang telah diparut tadi dan gaul.
Kemudian masukkan esen vanilla, susu pekat manis serta susu isian sejat dan terus kacau sehingga sebati.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan mentega dan biar cair.
Tuang bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam kuali berisi mentega cair. Kacau dengan senduk.
Kacau sampai likat atau sehingga mencapai tekstur yang diinginkan
Biarkan sejuk dalam peti ais, kemudian taburkan hirisan keju di atasnya
Ube halaya yang dah siap (tanpa hirisan keju)
 
    • image-2375

    Halal Takobam Takoyaki & Dimsum

    • image-2371

    Penang Durian Stall

    • image-2370

    Thai Food Delivery in Penang

    • image-2361

    La Taste Dining Since 2005

    • image-2341

    Hotel Penaga

EATSEN$E currency

 

Select your currency
USD United States (US) dollar