REDEEM VOUCHER
EATLAH.COM: "Where & what you #EATLAH...?"

Resepi Creampuff


RESEPI CREAMPUFF

140 g tepung naik sendiri
100 g mentega ( pakai buttercup)
1 sudu besar gula
250 mlm air
3 biji telur gred B
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit deco powder (sha beli dia panggil snow decoration)

Cara-Cara

1. Masukkan air, mentega dan gula ke dalam kuali
2. Cairkan mentega sehingga menggelegak dan tutup api
3. Terus masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung menjadi doh yang tidak melekat pada kuali.
4. Masukkan doh ke dadalam mangkuk besar biarkan suam , apabila telah suam sedikit pukul doh sekejap untuk mengeluarkan haba.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanilla dan pukul sebati.
6. Masukkan doh ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bintang.
7. Paipkan ke atas dulang pembakar.
8. Sembur doh dengan spray air, tekan tanduk doh dan terus masukkan ke dalam oven pembakar.
9. bakar pada suhu 170c selama 30 minit.

FILING CUSTARD

4 sudu besar tepung kastard
4 susu besar gula pasir
1 tin susu cair
70 ml air
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar mentega

Cara-Cara

1. Masukkan tepung kastard, gula, susu dan air ke dalam kuali.
2. masak dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau sehingga menjadi hampir pekat, masukkan esen vanilla dan mentega.
4. Kacau lagi sehingga adunan kastard hingga menimbulkan bubble dan tutup api.
5. Sejukkan dan sedia di paip dalam creampuff.

Have any Question or Comment?

Get involved!

Get Connected with food!

Come and join our food community. "Where & what you eatlah?"

Comments

No comments yet